Terma & Syarat

TERMA DAN SYARAT


1. Homestay Ra'id dikhaskan untuk tetamu beragama ISLAM (yang muhrim sahaja).

2. Daftar masuk bermula pukul 2.00 petang dan daftar keluar adalah pada pukul 12.00 tengahari. Kegagalan untuk mematuhi masa daftar keluar akan dikenakan penalti RM10 bagi setiap jam. Daftar keluar selepas jam 2.00 petang akan dikenakan caj penginapan satu hari mengikut kadar 

3. Bayaran deposit booking (tidak dipulangkan) diperlukan (Bank-in Maybank @ Bank Islam) dan baki perlu dibayar secara tunai semasa proses daftar masuk dan penyerahan kunci. Resit bayaran akan diberikan.

4. Penyewa hendaklah menggunakan kemudahan yang disediakan dengan berhemah. Sebarang kerosakan berpunca daripada kecuaian penyewa  dan tanggungan mereka akan menyebabkan penyewa dikehendaki membayar ganti rugi.

5. Dilarang sama sekali mengubah keadaan kelengkapan perabot di dalam rumah ini.

6. Tidak dibenarkan membawa masuk barangan tidak halal disisi Islam seperti arak dan khinzir 

7. Dilarang berkhalwat dengan pasangan yang bukan muhrim, terlibat dengan kegiatan maksiat dan perjudian.

8. Dilarang mencuri, mengambil & merosakkan kelengkapan di rumah ini. Setiap kerosakan akan dikenakan surcaj,Sebarang kecurian akan dilaporkan kepada pihak berkuasa.

9. Penyewa adalah dinasihatkan untuk memastikan premis dalam keadaan berkunci semasa meninggalkan rumah dan elakkan meninggalkan barangan berharga. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kerugian harta benda akibat kegagalan mematuhi arahan mengunci 

10. Binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam premis.

11. Penyewa dikehendaki menghormati kejiranan dengan tidak membuat bising.

12. Denda RM100 akan dikenakan jika terdapat sebarang kehilangan kunci homestay .

13. Dilarang memaku @ menconteng dinding di dalam atau di luar homestay.

14. Menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan. Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam sinki tandas untuk mengelakkannya dari tersumbat

15. Merokok adalah dilarang di dalam bilik tidur

No comments:

Post a Comment